Gadis Tempe
Gadis Tempe

Gadis Tempe

Gadis Tempe ialah gelaran yang diberikan kepada seorang gadis tidak dikenali yang mayatnya ditemui pada 27 April 2002 di Tempe, Arizona. Beliau disahkan meninggal akibat dos kokain berlebihan sehari sebelum mayatnya ditemui. Tiada tanda-tanda kemalangan atau pembunuhan di tempat kejadian.[3] Mayat gadis ini berkemungkinan berasal dari etnik Hispanik atau penduduk asli Amerika, dan disyaki diculik semasa menumpang kenderaan di jalan. Ibu bapanya kemungkinan tidak mengakuinya lagi sebagai seorang anak, kerana dia sering menggunakan ubat terlarang untuk rekreasi.[4][2]Mayat yang tidak dikenali ini digelar Gadis Tempe, sesuai nama bandar tempat mayatnya ditemui. Nombor kes rasminya ialah 02-1368.[5]Mayat gadis ini ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap di 1850 East University Drive, berdekatan Universiti Negeri Arizona, di Tempe, Arizona. Beliau telah meninggal kurang dari 24 jam sebelum penemuan mayatnya.[2][6]Penyebab kematian sebenarnya dari kes ini tidak pernah ditentukan, kerana autopsi yang dilakukan terhadap mendiang tidak berjaya mendedahkan dengan jelas adakah dia telah dibunuh, atau meninggal akibat suatu bentuk kemalangan.

Rujukan

WikiPedia: Gadis Tempe http://archive.azcentral.com/specials/special14/ar... http://edition.cnn.com/2010/CRIME/09/13/grace.cold... http://www.cnn.com/2010/CRIME/09/13/grace.coldcase... http://www.maricopa.gov/Medex/Unidentified/search.... http://doenetwork.org/cases/501ufaz.html http://www.missingkids.org/poster/NCMU/1111241 http://www.missingkids.org/poster/NCMU/1111241/1#p... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gadis... https://www.namus.gov/UnidentifiedPersons/Case#/19... https://archive.org/details/cocaineaddiction0000pl...